Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan

Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan

KUCHING, 26 Sept – Seorang pemandu wanita maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kereta di Sungai Rayu, Feri Rambungan, 30 kilometer dari sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata kemalangan membabitkan kereta Perodua Viva, Proton Persona dan Perodua Myvi itu berlaku kira-kira pukul 5.50 pagi ini.

Menurutnya, pemandu kereta Perodua Viva, Norita Mohamadtersepit dalam kenderaannya dan mangsa berjaya dikeluarkan anggota bomba tetapi disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Hospital Lundu yang turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Pemandu kereta Proton Persona, Rabiatul Janna Shariman bagaimanapun hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak manakala nasib pemandu kereta MyVi tidak diketahui kerana kenderaan itu ditinggalkan kosong.

“Kereta Myvi yang berada di bahu jalan tidak ada mangsa di dalamnya ketika kami tiba,” kata jurucakap itu. – Bernama