Seorang maut, trak bawa beg udara meletup

Seorang maut, trak bawa beg udara meletup

TOKYO, 30 Ogos – Seorang wanita terbunuh selepas sebuah trak yang membawa alat ganti beg udara yang dibuat oleh Takata di Jepun meletup dalam bola api besar di sebatang lebuh raya AS, firma mengesahkan hari ini.

Empat orang lain mengalami kecederaan apabila kenderaan, yang sedang dalam perjalanan ke sebuah kilang syarikat, meletup “seperti bom besar,” kata polis tempatan.

Kerosakan adalah amat meluas sehingga wanita yang terbunuh itu perlu dikenalpasti menerusi rekod pergigian, kata mereka.

“Ia menghasilkan kawah besar,” kata Tom Schmerber, syerif Daerah Maverick, Texas, di mana kemalangan berlaku pada 22 Ogos.

“Ia membakar dan membunuh seorang wanita di sebuah rumah 30 kaki dari tempat kejadian.

Gambar fail pada 22 Ogos menunjukkan pihak berkuasa berada di tapak kejadian selepas sebuah trak yang membawa alat ganti beg udara yang dibuat oleh Takata meletup, membunuh seorang wanita dan mencederakan empat yang lain. - AP
Gambar fail pada 22 Ogos menunjukkan pihak berkuasa berada di tapak kejadian selepas sebuah trak yang membawa alat ganti beg udara yang dibuat oleh Takata meletup, membunuh seorang wanita dan mencederakan empat yang lain. – AP

Mayatnya hancur berkecai, namun mereka berjaya mencari dua batang gigi supaya mereka boleh mengenalpastinya.”

Bagaimanapun, Takata di Tokyo – terjejas oleh kerosakan dalam inflator beg udara yang dikaitkan dengan sekurang-kurangnya 15 kematian dan berpuluh kecederaan di seluruh dunia – menafi kemalangan mempunyai hubungan dengan masalah yang dihadapi.

“Kami tidak fikir kemalangan ada kena mengena dengan kerosakan,” kata jurucakap syarikat, menambah nampaknya trak bekalan berada di jalan kemalangan yang mencetuskan kebakaran dan seterusnya letupan.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkata: “Takata mempunyai prosedur keselamatan yang ketat berkaitan dengan penghantaran produknya yang memenuhi atau melebihi semua syarat-syarat peraturan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA