Seorang pendatang maut, cubaan sampai ke Britain

Seorang pendatang maut, cubaan sampai ke Britain

LILLE, PERANCIS, 15 Okt – Seorang pendatang Syria meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta di lebuh raya berhampiran dengan Terowong Channel berhampiran Calais awal hari ini, dan merupakan orang ke-15 maut dalam cubaan untuk sampai ke Britain dari pelabuhan utara Perancis sejak Jun lalu.

Kakitangan ambulan yang membawa lelaki itu ke hospital berkata beliau ‘dilanggar oleh sebuah kereta di lebuh raya A16 di Calais’, berhampiran dengan tapak Eurotunnel yang dikawal ketat.

“kakitangan tersebut terpaksa bergegas keluar dari tempat kejadian kerana mereka dikelilingi oleh kira-kira 100 pendatang,” katanya.

Lelaki itu dalam lingkungan 30-an, kemudiannya mati di hospital akibat kecederaan yang dialaminya.

Kira-kira 4,000 orang, kebanyakannya dari Afrika Timur dan Timur Tengah, berkhemah di sekitar Calais dengan harapan untuk sampai ke Britain, dengan kira-kira 1,000 lagi berkumpul di sekitar pelabuhan Dunkirk, kira-kira 40 kilometer jauh (25 batu) yang juga berusaha untuk sampai ke England. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA