Seorang penghijrah maut, terlibat dalam penembakan

Seorang penghijrah maut, terlibat dalam penembakan

ATHENS, 30 Ogos (dpa) – Penghijrah berusia 17 tahun yang berusaha untuk tiba di Eropah telah meninggal dunia selepas terperangkap dalam gencatan senjata antara pegawai rondaan sempadan EU dan sekumpulan penyeludup manusia, lapor pegawai Greek hari ini.

“Saya berasa kesal atas kehilangan nyawa remaja ini,” tulis Christos Zois, timbalan menteri dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku berhampiran pulau Symi, Greece apabila ejen-ejen kumpulan sempadan Frontex, EU berdepan lelaki bersenjata bergerak memindahkan sekumpulan 60 penghijrah menggunakan bot laju dan cuba untuk memintas mereka, lapor TV kerajaan Greece.

Menurut laporan tidak rasmi daripada sumber pengawal pantai, penyeludup kemudian melepaskan tembakan ke arah bot peronda, yang membalas balik serangan. Ejen akhirnya dapat menumpaskan bot itu dan menangkap tiga penyeludup. Mereka turut menemui remaja yang cedera di bawah dek bot.

Seorang lelaki cuba untuk berenang ke arah dingi yang membawa penghijrah ke pulau Lesbos, Greece ketika ia membuat perjalanan dari selatan Turki ke laut Aegean pada 27 Ogos. – Reuters
Seorang lelaki cuba untuk berenang ke arah dingi yang membawa penghijrah ke pulau Lesbos, Greece ketika ia membuat perjalanan dari selatan Turki ke laut Aegean pada 27 Ogos. – Reuters

Greece sedang bergelut di bawah tekanan krisis penghijrah Eropah, kerana menjadi tempat kemasukan baru ke Barat Eropah.

Media tempatan melaporkan bahawa seramai 4,000 penghijrah telah ditemui daripada 100 bot di luar pulau Lesbos, Greek semalam.

Feri-feri Greece membawa beribu-ribu penghijrah ke tanah besar sehari, selepas kapal berkenaan berusaha untuk menuju ke jauh barat untuk masuk ke Eropah, sering digelar Laluan Balkan yang membawa mereka ke Macedonia, Serbia dan Hungary.

ARTIKEL YANG SAMA