Seorang suspek bunuh pegawai polis

Seorang suspek bunuh pegawai polis

NEW ORLEANS, 22 Jun (Agensi) – Seorang lelaki yang dipercayai menembak mati seorang pegawai polis New Orleans telah diberkas pagi kelmarin oleh anggota polis muda dan jurulatihnya, yang melihat lelaki itu menaiki bas bandar, menurut pihak berkuasa.

Travis Boys, 33 tahun, dituduh menyelinap ke kerusi hadapan kenderaan polis ketika tangannya digari dan menembak Pegawai Daryle Holloway, 45 tahun yang membawanya ke penjara pada pagi Sabtu lalu atas dakwaan serangan teruk.

“Mengikut pemahaman saya, dia telah menaiki bas selepas terlihat pegawai-pegawai polis. Dan pegawai-pegawai melihatnya dan kemudian dia turun dari bas dan kemudian ditangkap,” kata Superintenden Polis Michael Harrison.

Gari pada pergelangan tangannya telah putus apabila dia diberkas selepas usaha memburunya selama 24 jam, menurut Harison lagi.

Menurutnya Boys telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan bagi penyahhidratan. Video dari WVUE-TV menunjukkan Boys diikat pada pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulans.

Dia akan didakwa bagi pembunuhan darjah pertama ke atas pegawai polis, melarikan diri dan memiliki senjata api secara haram, dan juga dakwaan menyerang, menurut Harrison lagi.

Harrison berkata pihak berkuasa telah menemui senjata .40 kaliber yang dipercayai telah digunakan oleh Boys untuk menembak pegawai polis itu. Boys diperiksa sebelum dibawa menaiki kenderaan, dan pihak berkuasa sedang menyiasat bagaimana dia mempunyai pistol.

“Kami akan menyiasat bagaimana itu berlaku untuk memastikan ia tidak berlaku lagi,” kata Harrison lagi.

ARTIKEL YANG SAMA