Seorang tentera Filipina, 8 militan maut pertempuran Jolo

Seorang tentera Filipina, 8 militan maut pertempuran Jolo

MANILA, 31 Dis (AFP) – Seorang tentera Filipina dan lapan militan rangkaian al-Qaeda terbunuh dalam pertempuran malam tadi.

Pertempuran berlaku berhampiran bandar Patikul di pulau selatan Jolo di mana lelaki bersenjata daripada kumpulan militan Abu Sayyaf dipercayai menawan dua tebusan warga Kanada bersama seorang warga Norway dan Filipina.

Jurucakap tentera wilayah, Mejar Filemon Tan, berkata seorang tentera antara yang terkorban manakala empat lagi cedera tetapi enggan menjawab pertanyaan mengenai status tebusan yang ditawan lelaki bersenjata. Dia menambah, lapan daripada kira-kira 100 penyerang terbunuh.

Anggota tentera Filipina ketika mengawal di hadapan sebuah masjid di Filipina.
Anggota tentera Filipina ketika mengawal di hadapan sebuah masjid di Filipina.

Militan itu disebut berkhidmat dengan Abu Sayyaf yang diketuai Hajan Sawadjaan.

Akhir bulan lalu, Abu Sayyaf menyiarkan rakaman video dua pelancong Kanada, seorang pengendali pusat peranginan Norway dan Filipina diculik di kawasan lain di selatan Filipina pada September lalu.

Kumpulan itu turut menuntut wang tebusan sebanyak AS$21 juta (RM90 juta).