Seoul ambil pendirian keras menjelang bantahan anti-kerajaan

Seoul ambil pendirian keras menjelang bantahan anti-kerajaan

SEOUL, 13 Nov (AFP) – Pihak berkuasa Korea Selatan memberi amaran mereka akan mengambil pendirian keras terhadap bantahan besar-besaran anti kerajaan yang dirancang di tengah Seoul esok.

Bercakap di televisyen, menteri pengadilan negara itu, dengan diapit oleh menteri buruh dan tiga timbalan menteri pertanian, pendidikan dan pentadbiran, berkata sebarang tanda keganasan atau perhimpunan haram akan ditangani dengan tegas.

Menteri Kim Hyun-Woon berkata “Dengan ini kerajaan menjelaskan bahawa sebarang tindakan haram beramai-ramai ataupun keganasan akan ditangani dengan keras.”

Polis memberi amaran para pembantah terus berada di tempat yang ditetapkan itu, tidak bertempur dengan para pegawai dan berkata penunjuk perasaan tidak dibenarkan berarak menuju Rumah Biru presiden.

Para penganjur berharap sebanyak 100,000 orang akan muncul bagi “Kebangkitan Umum Rakyat” perhimpunan bantahan yang antara lainnya mengumpulkan para pekerja, petani, guru dan aktivis sosial.

ARTIKEL YANG SAMA