Seoul dakwa KU laku serangan siber

Seoul dakwa KU laku serangan siber

SEOUL, 1 Ogos – Para pendakwa Seoul hari ini menuduh Korea Utara menggodam akaun e-mel berbelas-belas pegawai kerajaan Korea Selatan tahun ini, terbaru dalam siri-siri serangan siber oleh Pyongyang.

Siasatan menunjukkan ‘kumpulan yang disyaki beroperasi di Korea Utara” cuba menggodam e-mel milik 90 orang – termasuklah para pegawai di kementerian luar, pertahanan dan penyatuan – dari Januari hingga Jun, menurut kenyataan Pejabat Pendakwa Tertinggi.

“Kata laluan 56 akaun telah dicuri,” menurut kenyataan itu.

Para penggodam telah membentuk 27 laman phishing (penyamaran) pada Januari yang menyamar sebagai portal popular seperti Google dan Naver, Korea Selatan, dan juga laman sesawang kerajaan dan universiti untuk mencuri kata laluan.

Para pendakwa berkata kod berniat jahat digunakan dalam serangan terbaru adalah yang sama dengan yang pernah digunakan oleh Korea Utara dalam serangan sebelumnya ke atas Korea Selatan.

Siasatan masih berjalan untuk melihat jika sebarang maklumat rahsia mungkin telah bocor.

Serangan siber terbaru berlaku beberapa hari selepas polis Korea Selatan berkata Korea Utara telah mencuri data peribadi lebih 10 juta pelanggan di gedung membeli belah online, Interpark.

Interpark tidak mengetahui tentang serangan 11 Julai lalu itu apabila ia diperas ugut dengan ancaman untuk mempublisitikan data yang bocor melainkan syarikat itu membayar tiga bi-lion won.

Agensi Pengawasan Kebangsaan berkata agensi pengintip utama Korea Utara – Reconnaissance General Bureau – telah mengaturkan penggodaman dalam usaha untuk meraih mata wang kukuh. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA