Seoul Garden buka cawangan di sini

Seoul Garden buka cawangan di sini

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Restoran Seoul Garden yang terkemuka di Singapura kini telah membuka cawangan pertamanya di Negara Brunei Darussalam yang terletak di Hotel Parkview, Jerudong.

Restoran ini membawa konsep barbeku dan stimbot bufet ‘All You Can Eat’ dengan pelbagai hidangan makanan yang disediakan seperti daging diperap, ayam goreng Korea, nasi goreng Kimchi, pankek dan juga pilihan hidangan makanan laut, salad, pencuci mulut, minuman dan juga mi.

Ketua Pegawai Eksekutif Seoul Garden, Andrew Lee menyatakan bahawa mereka begitu teruja untuk memasuki pasaran Negara Brunei Darussalam dengan menampilkan Restoran Seoul Garden yang sememangnya dikenali ramai bukan sahaja di Singapura, malah di Malaysia dan juga Indonesia.

Beliau menyatakan lagi bahawa Seoul Garden adalah restoran yang halal di pelbagai negara dan di negara ini, kesemua bahan-bahan makanan yang digunakan disahkan halal dengan menggunakan sumber yang berkualiti.

“Restoran kami berharap agar dapat menyediakan hidangan makanan yang baik, berkualiti dan halal kepada pelanggan yang beragama Islam khususnya bagi negara ini.”

Andrew Lee bersama Muniswaran semasa ditemui pihak media.
Andrew Lee bersama Muniswaran semasa ditemui pihak media.

Jelasnya lagi, pelanggan Brunei sering kali dikenali menjamu selera di Seoul Garden di Singapura dan atas permintaan ramai, kini restoran tersebut telah pun dibukakan di Brunei.

Andrew Lee juga melahirkan harapan untuk membuka lagi cawangan kedua pada masa akan datang untuk menampung permintaan orang ramai di samping mengembangkan pasarannya di negara ini.

Suasana di restoran Seoul Garden dengan pelbagai hidangan yang ditampilkan.
Suasana di restoran Seoul Garden dengan pelbagai hidangan yang ditampilkan.

Manakala itu, Ketua Makanan dan Minuman Seoul Garden di Brunei, Muniswaran pula menjelaskan bahawa restoran berkenaan pada masa ini ingin meningkatkan kesedaran dan mengenalkan jenama restoran ini kepada orang ramai agar mereka dapat menikmati hidangan di Seoul Garden.

Beliau menjelaskan lagi bahawa restoran ini memang unik dan menarik kerana ia membawa konsep 2 in 1 iaitu barbeku dan stimbot yang sememangnya begitu bernilai.

Dalam pada itu, beliau juga menyuarakan harapan perancangan masa akan datang untuk menampilkan pelbagai promosi bagi menarik lagi perhatian para pelanggan.

ARTIKEL YANG SAMA