Seoul-Pyongyang sambung semula rundingan

Seoul-Pyongyang sambung semula rundingan

SEOUL, 23 Ogos (Reuters) – Para pembantu tertinggi kepada pemimpin Korea Utara dan Korea Selatan menyambung semula rundingan hari ini selepas rundingan berterusan hingga ke malam dalam usaha untuk mengurangkan ketegangan yang melibatkan kejadian berbalas-balas tembakan meriam yang hampir membawa semenanjung ke kancah konflik bersenjata.

Pertemuan di kampung kedamaian sementara Panmunjom di dalam zon Bebas Tentera (DMZ) bermula petang semalam, dengan kedua belah pihak dalam langkah berjaga-jaga ketenteraan, sejurus selepas had akhir Korea Utara supaya Seoul menghentikan penyiaran propaganda anti Pyongyang atau berdepan tindakan ketenteraan. Ia gagal sebelum subuh hari ini.

Menerusi siaran di televisyen para utusan itu yang bersalaman tangan dan senyum tegang pada awal pertemuan mereka, membincangkan cara untuk menyelesaikan ketegangan dan meningkatkan hubungan, menurut pejabat presiden Korea Selatan, Rumah Biru berkata dalam kenyataan ringkas.

“Kedua-dua belah pihak begitu tertekan untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Jeon Young-sun, profesor di sebuah Institut Kemanusiaan bagi Penyatuan di Universiti Konkuk di Seoul, yang berkata kelamaan rundingan tertinggi itu mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini.

Rundingan berlangsung di Rumah Keamanan Korea Selatan, tempat sama rundingan peringkat rendah pernah diadakan antara kedua-dua pihak yang bersengketa ini pada Februari 2014, tanpa menamatkan perjanjian mereka.

Rundingan terganggu dengan rehat kedua belah pihak untuk berunding dengan kerajaan masing-masing dan untuk menikmati makanan ringan, lapor Agensi Berita Yonhap, Korea Selatan.

Jeon berkata “Korea Utara mahu menghentikan penyiaran, manakala Korea Selatan tidak melakukan itu tanpa mencapai apa-apa hasilnya.”

Korea Utara dan Korea Selatan dari segi teknikal masih dalam keadaan berperang sejak konflik mereka pada tahun 1950-53 berakhir dalam kedamaian sementara, bukan perjanjian damai, dan hubungan antara Korea amat dingin sejak kejadian kapal perang Korea Selatan dikaramkan pada tahun 2010 yang mengakibatkan kematian.

ARTIKEL YANG SAMA