Seoul tuntut kemaafan Utara

Seoul tuntut kemaafan Utara

SEOUL, 24 Ogos (Reuters) – Presiden Korea Selatan Park Geun-hye hari ini menuntut Korea Utara memohon maaf di atas letupan periuk api baru-baru ini, meskipun pihak yang bersaingan sengit mengadakan rundingan menjerihkan untuk menamatkan ketegangan yang telah hampir membawa kembali semenanjung ke kancah konflik bersenjata.

Park berkata penyiaran propaganda anti-Korea Utara akan diteruskan melainkan Pyongyang bertanggung jawab ke atas letupan periuk api awal bulan ini yang mencederakan dua tentera Korea Selatan di Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan kedua-dua negara itu.

Korea Utara menafikan ia menanam periuk api itu. Seoul dan Pyongyang dari segi teknikal masih berperang sejak perang Korea 1950-53 tamat dengan kedamaian sementara dan bukannya perjanjian damai.

Letupan periuk api membawa kepada krisis yang menyaksikan kedua-dua belah pihak berbalas-balas serangan meriam Khamis lalu dan meningkatkan kesediaan tentera mereka. PBB, AS dan satu-satunya sekutu utama Korea Utara, China, telah menggesa agar bertenang.

Park Geun-hye semasa bercakap di mesyuarat penolong tertinggi di Kediaman Presiden di Seoul. Park mengatakan penting bagi Korea Utara untuk memohon maaf di mesyuarat antara Korea atas provokasi senjata termasuk menanam periuk api yang mencederakan askar Selatan bulan ini. – Reuters
Park Geun-hye semasa bercakap di mesyuarat penolong tertinggi di Kediaman Presiden di Seoul. Park mengatakan penting bagi Korea Utara untuk memohon maaf di mesyuarat antara Korea atas provokasi senjata termasuk menanam periuk api yang mencederakan askar Selatan bulan ini. – Reuters

“Kita perlukan permohonan jelas dan langkah untuk mencegah berulangnya provokasi ini dan situasi tegang,” Park memberitahu mesyuarat dengan penolong-penolong tertingginya, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya. “Atau, kerajaan akan mengambil tindakan sesuai dan meneruskan penyiaran melalui alat pembesar suara.”

Seoul dan Washington sedang mengkaji kemungkinan membawa aset tentera AS yang strategik, jurucakap Kementerian Pertahanan Korea Selatan Kim Min-seok berkata, tanpa mengulas lebih lanjut. Korea Utara mengancam melancarkan tindakan tentera dalam respons terhadap latihan tahunan oleh pasukan AS dan Korea Selatan dua tahun lalu, yang membawa kepada pertelagahan yang mana pada ketika itu pengebom senyap AS terbang di ruang udara Korea Selatan dan sebelum pesawat udara dihantar ke kawasan itu.

“Kedudukan kami pada tahap ini ialah untuk menghalang provokasi Korea Utara,” Kim memberitahu taklimat.

“Tetapi jika mereka melancarkan provokasi, respons kami tanpa belas kasihan dan mereka akan merasa benar-benar teruk.”