Sepak mula ve...

Sepak mula veteran Pengkalan Batu 8 Jan

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Jan – Majlis Perundingan Kampung Pengkalan Batu akan mengadakan Kejohanan Bola Sepak Vetaran 9 orang sepasukan bermula 8 hingga 15 Januari ini nanti. Kejohanan itu nanti akan diadakan di Kompleks Padang Sungai Kebun di sini.

Sebanyak 18 buah pasukan akan berentap di peringkat kumpulan, antara pasukan yang mengambil bahagian dalam kumpulan A adalah Enjoy FC, Gabungan KSKA, Mix FC, PSJD A dan SM FC A sementara di dalam kumpulan B pula adalah pasukan PSJD B, MPK PBV, SM FC B dan KS Veteran dan kesemua perlawanan kedua-dua kumpulan ini akan berlangsung pada 8 januari nanti.

Bersaing dalam kumpulan C pada 15 Januari nanti pula adalah pasukan T.C.B, MV FT, HHR, KB Warriors dan ITF, sementara bermain pada hari yang sama nanti di dalam kumpulan D pula adalah pasukan MS FC, SMS FC, Riwayat dan Pondok 12.

Pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat separuh akhir bagi menentukan pasukan mana yang akan meneruskan perjuangan di peringkat akhir. Perlawangan akhir akan berlangsung pada 22 Januari 2017 di Kompleks Sukan Berakas, sekaligus membawa pulang hadiah berupa wang tunai, trofi dan pingat.

Gambar ramai perwakilan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut ketika mesyuarat bersama para pengurus pasukan baru-baru ini.
Gambar ramai perwakilan pasukan yang menyertai kejohanan tersebut ketika mesyuarat bersama para pengurus pasukan baru-baru ini.