Sepak Takraw B21 tahun 8 Jan ini

Sepak Takraw B21 tahun 8 Jan ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Sebanyak tujuh buah pasukan akan menyertai Kejohanan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun anjuran Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) yang akan dirasmikan pada 8 Januari ini jam 2:30 petang, bertempat di Dewan Menglait, Gadong.

Kejohanan yang diadakan bersempena Hari Belia Kebangsaan 2015 itu juga turut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang akan mempamerkan format kejohanan Liga Dua Kumpulan.

Mesyuarat pengurus pasukan juga akan diadakan pada 7 Januari pada jam 2:30 petang bertempat di Pejabat PESTABARU, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Sementara itu, Pasukan Kebangsaan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam juga akan bertolak ke Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyertai Kejohanan Sepak Takraw Antarabangsa 2016 yang dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) bermula 10 hingga 13 Januari di Kuala Lumpur, Malaysia.

Rombongan pasukan negara diwakili oleh Awang Mohd Isa bin Haji Marsidi selaku pengurus pasukan; Jurulatih Kebangsaan, Awang Rawat; Penolong Jurulatih Kebangsaan, Awang Japar Wali, lima orang pemain kebangsaan dan jawatankuasa PESTABARU.

Antara negara yang akan menyertai kejohanan tersebut ialah Singapura, Filipina, Indonesia dan tuan rumah Malaysia.