Sepakat banteras pengganasan, penyeludupan

Sepakat banteras pengganasan, penyeludupan

BEIJING, 29 Julai (Reuters) – Pemimpin China dan Turki hari ini bersetuju mengukuhkan kerjasama dalam memerangi pengganasan dan penyeludupan manusia, kata seorang diplomat kanan China hari ini, susulan pergeseran antara kedua-dua negara terhadap dua orang Uighurs dari Xinjiang, China yang melarikan diri ke Turki.

Beratus-ratus, mungkin juga mencecah ribuan orang Uighurs, kebanyakan minoriti etnik Islam yang memanggil Xinjiang tanah air mereka, meninggalkan China dalam masa beberapa tahun kebelakangan, mengembara ke Turki melalui Asia Tenggara, selepas menyeberang keluar secara haram sempadan China.

Kumpulan hak asasi mengatakan penghijrah seumpamanya melarikan diri daripada keganasan etnik di barat jauh Xinjiang dan kawalan China ke atas agama dan budaya mereka.

Beratus-ratus orang mati dalam kacau bilau di Xinjiang dalam masa tiga tahun kebelakangan, dipersalahkan Beijing ke atas pemisah Islam.

Bulan ini, Thailand menghantar pulang 109 Uighurs ke China, mencetuskan kemarahan di Turki, kediaman bagi sebahagian besar pelarian Uighur dan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan kumpulan hak asasi dan Amerika Syarikat bahawa mereka boleh jadi dilayan teruk sekembalinya mereka ke tanah air.

Xi Jinping (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika menghadiri acara menandatangani perjanjian di Great Hall of People di Biejing, China, 29 Julai. – Reuters
Xi Jinping (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ketika menghadiri acara menandatangani perjanjian di Great Hall of People di Biejing, China, 29 Julai. – Reuters

“Kerjasama keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang adalah bidang penting bagi kedua-dua negara dan bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama,” timbalan menteri luar China, Zha Ming memberitahu wartawan, selepas Presiden Xi Jinping dan Presiden Turki Tayyip Erdogan bertemu di Beijing.

Tidak seorang menyebut isu itu dalam ulasan mereka di hadapan wartawan.

“Kami sering kali menyokong satu sama lain dalam isu-isu utama dan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik,” Xi memberitahu Erdogan.

ARTIKEL YANG SAMA