Sepakat berdiri kukuh

Sepakat berdiri kukuh

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Okt – Ekonomi kecil seperti Negara Brunei Darussalam dan Singapura tidak boleh lagi memencilkan diri, sebaliknya harus bekerjasama dan sepakat jika ingin suara mereka didengar oleh dunia luar, terutamanya negara-negara besar.

Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean berkata, bagi kedua-dua negara berjiran itu walaupun terdapat beberapa perbezaan, masalah yang dihadapi hampir serupa dalam menghadapi negara jiran yang lebih besar dan kuasa-kuasa besar dunia. Beliau yang juga Menteri Koordinasi dan Keselamatan Nasional berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Singapura-Brunei: Hubungan Mengukuhkan Ikatan’ semasa mengetuai seramai 30 peserta Program Pertukaran Kepimpinan Belia yang berlangsung di Universiti Brunei Darussalam (UBD), hari ini.

Ketibaan beliau di Dewan Canselor UBD, disambut oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Setiausaha Tetap (Pendidikan Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi selaku Naib Canselor UBD.

“Antara sebab mengapa Singapura dan Brunei dapat menjalin hubungan yang rapat ialah kerana kami sedar jika kami dapat bekerjasama dan sepakat, kami akan dapat berdiri kukuh dalam menghadapi kehendak-kehendak global,” kata beliau.

Yang Berhormat Pehin (Dr.) Haji Awang Abu Bakar (dua, kiri) dan Tuan Yang Terutama Teo (tiga, kiri) bersama tetamu yang lain, hadir di majlis tersebut.
Yang Berhormat Pehin (Dr.) Haji Awang Abu Bakar (dua, kiri) dan Tuan Yang Terutama Teo (tiga, kiri) bersama tetamu yang lain, hadir di majlis tersebut.
Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain ketika menyampaikan ucapan di Dewan Canselor UBD.
Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain ketika menyampaikan ucapan di Dewan Canselor UBD.
Antara para tetamu dan pelajar yang hadir di majlis berkenaan.
Antara para tetamu dan pelajar yang hadir di majlis berkenaan.

Katanya, beberapa perkara telah berubah dalam hubungan negara besar dengan negara kecil mengenai isu mengantarabangsakan politik, sekuriti, perdagangan dan pelaburan, yang tidak lagi memungkinkan sesebuah negara kecil atau besar mengasingkan diri mereka.

Maka, adalah lebih baik mereka cuba memahami sepenuhnya realiti itu dan kesannya pada kaca mata negara besar terhadap kelantangan pendapat yang disuarakan oleh negara kecil, ujar beliau.

Terdahulu sebelum itu dalam perkembangan berasingan, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman pada majlis yang berlangsung di Bilik Persidangan, The Empire Hotel & Country Club, Jerudong. Perjumpaan itu menandakan persefahaman dan kerjasama yang erat antara kedua-dua negara berjiran dan merupakan satu peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin (dua, kiri) bertukar-tukar pandangan dengan Tuan Yang Terutama Teo pada jamuan tengah hari.
Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin (dua, kiri) bertukar-tukar pandangan dengan Tuan Yang Terutama Teo pada jamuan tengah hari.

Sejurus selepas perjumpaan itu, Tuan Yang Terutama Teo dan rombongan diraikan dalam satu majlis jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Yang Berhormat Pehin Haji Awang Badaruddin di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club di Jerudong.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Kanan Negara (Undang-undang dan Kewangan) Puan Yang Terutama Indranee Rajah, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Jaya Ratnam dan Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Lim Hong Huai.

ARTIKEL YANG SAMA