Sepanyol benam Korea Selatan 6-1

Sepanyol benam Korea Selatan 6-1

PARIS, 2 Jun – Pemain Sepanyol, Alvaro Morata dan Nolito masing-masing menjaringkan dua gol ketika Sepanyol memanaskan badan untuk mempertahankan mahkota Kejohanan Eropah apabila membelasah Korea Selatan 6-1 dalam perlawanan persahabatan hari ini.

Alvaro Morata (kanan) dijatuhkan oleh pemain Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan tersebut. – AFP
Alvaro Morata (kanan) dijatuhkan oleh pemain Korea Selatan dalam perlawanan persahabatan tersebut. – AFP

Skuad Sepanyol tidak memainkan kekuatan penuh mereka apabila jurulatih Vicente Del Bosque merehatkan pemain dari Real Madrid dan pencabar dari bandar raya yang sama, Atletico berikutan pembabitan mereka dalam final Liga Juara-Juara Sabtu lalu.

Namun ia tidak memberi kesan ketika Sepanyol yang mendominasi, menjaringkan tiga gol sebelum rehat babak pertama di Salzburg, Austria, menerusi sepakan percuma David Silva, Cesc Fabregas dan Nolito.

Morata menjaringkan dua gol pada babak kedua dan Nolito menjaringkan gol kedua peribadi ketika Sepanyol mencatatkan kemenangan yang memberi suntikan semangat ke atas Korea Selatan yang mendapat gol sagu hati tujuh minit sebelum tamat daripada Ju Se-Jong.

Nolito sudah menjaringkan dua gol antarabangsa ketika menang 3-1 mengatasi Bosnia Herzegovina di Saint Gallen, Switzerland, Ahad lalu. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA