Sepanyol berkas geng penyeludup manusia

Sepanyol berkas geng penyeludup manusia

MADRID, 4 Mei (AFP) – Polis Sepanyol mengatakan hari ini mereka telah menangkap 80 geng yang disyaki anggota tertuduh yang mengenakan bayaran ke atas penghijrah China masing-masing sebanyak $20,000 untuk menyeludup mereka ke Eropah dan Amerika Utara.

Geng yang dijalankan oleh orang Cina itu menggunakan rumah di kawasan Barcelona sebagai tempat perhentian pangkalan, menyembunyikan penghijrah di sana sementara mereka menungu untuk diseludup masuk ke Britain, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Mereka juga telah mengaturkan penerbangan bagi penghijrah itu melalui agensi perjalanan China di Sepanyol dan membekalkan mereka dengan pas-port palsu, menurut polis dalam satu kenyataan.

“Geng itu telah mengenakan caj puratanya 20,000 euro untuk setiap orang yang diseludup dan membuat ancaman serius ke atas keluarga mereka jika mereka tidak membayarnya.”

Polis mengatakan ketua suspek geng itu merupakan di kalangan mereka yang ditangkap. Salah seorang tertuduh telah menggembara ke seluruh dunia menggunakan sekurang-kurangnya 14 identiti berlainan untuk mengelak daripada disyaki. Para pegawai menangkap lebih daripada 70 penghijrah dengan pasport palsu ketika mereka cuba untuk mengambil penerbangan dari lapangan terbang Sepanyol yang menuju ke destinasi penyeludupan yang berlainan.

Polis juga menangkap 80 yang lain kerana disyaki atas kesalahan yang berkaitan dengan geng penyeludupan. Mereka juga merampas lebih 100 pasport palsu, cap getah imigresen, telefon bimbit dan wang tunai.

Polis mengatakan kes itu telah mendedahkan hubungan antara pelbagai cawangan mafia China di Sepanyol.