Sepanyol bersedia adakan rundingan krisis

BARCELONA, 11 Okt – Kerajaan Sepanyol bersiap untuk mengadakan rundingan krisis hari ini selepas para pemimpin Catalan menandatangani pengisytiharan penangguhan kemerdekaan dan menggesa diadakan dialog dengan Madrid.

Perdana Menteri Mariano Rajoy akan mempengerusikan mesyuarat kabinet tergempar dalam respons kepada pengumuman pemimpin Catalan Carles Pulgdemont hari ini bahawa dia telah menerima ‘mandat rakyat bagi Catalonia untuk menjadi sebuah republik merdeka ekoran referendum yang diharamkan awal bulan ini.

Namun Puigdemont dalam pengisytiharannya kepada parlimen menggesa bagi kemerdekaan Catalonia ditangguhkan untuk membolehkan bagi rundingan dengan Madrid.

Rajoy berikar akan menggunakan segala-galanya dalam kuasanya untuk menghalang kemerdekaan dan enggan menolak mengenakan pemerintahan langsung ke atas rantau semi autonomi itu – langkah yang buat julung kalinya yang ramai khuatir akan membawa kepada kekacauan.

Berisiko ialah masa depan sebuah rantau yang mempunyai 7.5 juta orang itu, salah sebuah penjana ekonomi Sepanyol, yang usahanya untuk berpisah telah menimbulkan kebimbangan bagi kestabilan di Kesatuan Eropah.

Mariano Rajoy ketika bercakap pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet krisis di Moncloa Palace pada 11 Oktober 2017 di Madrid. – AFP

Beribu-ribu orang berhimpun di luar bangunan parlimen di Barcelona petang semalam, dengan mengibar-ngibar bendera Catalan dan juga kain perentang dengan menjeritkan ‘Demokrasi’ dengan harapan menyaksikan malam bersejarah di sebuah rantau yang masih terus berbahagi berhubung kemerdekaan.

Namun institusi politik Sepanyol menyelar Puigdemont ekoran pengisytiharan itu dan sokongan di kalangan pihak pemisah di Catalonia adalah bercampur baur.

Timbalan Perdana Menteri Soraya Saenz de Santamaria telah memberitahu para pemberita tidak lama selepas penandatanganan tersebut bahawa Puigdemont merupakan ‘orang yang tidak mengetahui di mana dia berada, ke mana halanya atau dengan siapa dia ingin pergi.”

Penduduk Barcelona, Maria Rose Bertran berkata ia telah menentang pemisahan. – AFP