Sepanyol calar rekod Slovakia

Sepanyol calar rekod Slovakia

OVIEDO, Sepanyol, 6 Sept (AFP) – Juara bertahan Sepanyol mengorak langkah besar menyelamatkan tempat mereka dalam Kejuaraan Eropah di Perancis tahun depan dengan kemenangan 2-0 ke atas Slovakia untuk mengungguli kelayakan Kumpulan C.

Jordi Alba mengurangkan rasa gentar tuan rumah di Oviedo selepas lima minit apabila menyudahkan hantaran lintang David Silva sebelum Andres Iniesta menambah gol kedua dengan sepakan penalti.

Sepanyol dan Slovakia terikat 18 mata di tangga teratas, tiga mata di depan Ukraine, dengan baki tiga perlawanan.

“Kami memerlukan kemenangan untuk meletakkan diri kami dalam kedudukan yang bagus. Tugasan sudah dilakukan dan sekarang kami perlu memikirkan perlawanan seterusnya,” Iniesta memberitahu Television Espanola.

“Kami beraksi dengan permainan yang lengkap. Bukan mudah untuk melakukan serangan sepanjang masa dan mereka mempunyai beberapa serangan mengejut yang berbahaya, tetapi saya rasa penyokong menikmati persembahan pasukan dan itulah yang penting.”

Alba meraikan gol semasa menentang Slovakia di stadium Carlos Tartiere di Oviedo, sepanyol semalam. - Reuters
Alba meraikan gol semasa menentang Slovakia di stadium Carlos Tartiere di Oviedo, sepanyol semalam. – Reuters

Jurulatih Sepanyol Vicente del Bosque juga gembira kembali mengungguli kumpulan tetapi percaya pasukannya sekali lagi gagal untuk menjaringkan gol berdasarkan penguasaan mereka.

“Ia tiga mata penting dan membuka laluan ke Euro. Sekarang kami perlu melangkah dan memenangi perlawanan di Macedonia Selasa ini,” katanya.

“Kami beraksi di bahagian pertahanan dan serangan. Kami mencipta terlalu sedikit peluang dan permainan yang kami pamerkan bagus.”

Slovakia adalah pasukan dalam persaingan antarabangsa yang memenangi kesemua sembilan perlawanan lalu dan hampir sempurna apabila Robert Mak menerkam kesilapan Sergio Ramos, tetapi rembatannya tersasar dari gawang.

Bagaimanapun, dalam tempoh seminit Sepanyol di depan ketika hantaran lintang Silva menyaksikan penjaga gol Slovakia Matus Kozacik terkejut dan Alba menyudahkan peluang dengan tandukan.