Sepanyol di ambang kelayakan Euro 2016

Sepanyol di ambang kelayakan Euro 2016

SKOPJE, 9 Sept – Juara bertahan Sepanyol hanya perlu mencatatkan satu sahaja kemenangan bagi kelayakan Euro 2016 selepas kemenangan 1-0 di Macedonia semalam.

Sepanyol sekarang mencatatkan kelebihan dua mata dalam Kumpulan C, di atas pasukan Slovakia yang terikat seri 0-0 oleh pasukan tangga ketiga Ukraine.

Namun begitu, pengurus Vicente del Bosque jauh dari merasa gembira dengan persembahan hambar pasukan itu. “Kami memenangi dengan hanya satu gol, dan ia adalah nasib. Kami kekurangan kepantasan dan semangat malam ini.

“Kami perlu mengakui kami beraksi dengan baik. Ia adalah versi terbaik kami. Saya lebih suka untuk tidak menunjukkan kepada mana-mana pemain (bagi dipersalahkan), tetapi tidak seorang pun bersemangat malam ini.”

La Roja mengutip 21 mata, Slovakia 19 dan Ukraine 16. Sepanyol seharusnya menyelamatkan tempat mereka apabila mereka menjadi hos kepada Luxembourg pada Oktober, sebelum kunjungan akhir ke Ukraine, yang kali pertama mengunjungi Macedonia.

Dua perlawanan terakhir Slovakia berada di laman sendiri menentang Blearus menentang Luxembourg. Satu-satunya jaringan di Skopje hadir pada minit ketujuh, dan lebih pelik. Selepas jentera pertahanan Macedonia menghadapi kegagalan untuk mengeluarkan sepakan bebas, Juan Mata melepaskan ledakan dengan sepakan kaki kanan yang lemah. Ia mengenai tiang gol kemudian melantun mengenai kepala penjaga gol Tomislav Pacovski dan menerjah gawang.

UEFA perlu menentukan sama ada untuk memberikan jaringan kepada Mata atau kepada kecuaian Pacovski.

Sepanyol menguasai 69 peratus penguasaan dan Dani Carvajal hampir menjadi kedudukan 2-0 sebelum separuh masa pertama, dengan rembatan yang mengenai palang yang sama seperti Mata.

Satu-satunya ancaman bagi juara 2008 dan 2012 itu tiba selepas rehat, apabila Ferhan Hasani hampir menjaringkan gol menerusi sepakan bebas.

Di gawang bagi pasukan pelawat adalah David de Gea, yang memerlukan perlawanan selepas kegagalan untuk menandatangani bersama Real Madrid dan disingkirkan ke bangku simpanan di Manchester United. –dpa

ARTIKEL YANG SAMA