Sepanyol langkah kanan

Sepanyol langkah kanan

PARIS, 13 Jun – Jaringan pada minit-minit akhir Sepanyol hasil daripada tandukan Gerard Pique membuatkan pasukan Republik Czech berputih mata dalam saingan Kumpulan D Euro 2016 yang berlangsung di Stadium Municipal, sebentar tadi, di sini.

Gerard Pique memberikan kemenangan buat pasukannya dengan gol sulung hasil hantaran lintang Andres Iniesta yang kemudian disambut baik olehnya yang kemudian menanduk bola masuk melepasi penjaga gawang berkaliber Petr Czech.

Meskipun Sepanyol hampir menguasai perlawanan itu dari awal hingga tamat perlawanan di mana menguasai 67 peratus berbanding 33 peratus daripada pihak Republik Czech, namun kedua-dua pasukan gagal menemui gawang pada separuh masa pertama sehingga tiba minit ke-87.

Pasukan Sepanyol meraikan jaringan tunggal mereka dalam perlawanan itu. – AFP
Pasukan Sepanyol meraikan jaringan tunggal mereka dalam perlawanan itu. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Kedua-dua pasukan mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol buat pasukan masing-masing, di mana Sepanyol telah melakukan tujuh rembatan ke sasaran sementara Republik Czech melakukan tiga.

Namun, segala usaha nampaknya dapat ditepis oleh kedua-dua penjaga gol berstatus tinggi kedua-dua pasukan di mana Sepanyol mempunyai David de Gea yang beraksi di Manchester United dan Petr Czech beraksi di Arsenal di saingan Liga Perdana Inggeris.

Kedua-dua pasukan akan meneruskan kempen masing-masing dalam kejohanan Euro 2016 di mana Sepanyol akan bertemu Turki pada 18 Jun ini jam 3 pagi (waktu Brunei), sementara Republik Czech akan bertemu Croatia juga pada 18 Jun jam 12 tengah malam.