Sepanyol mahu elak lawan Itali

Sepanyol mahu elak lawan Itali

ORDEAUX, 22 Jun (AFP) – Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menjelaskan bahawa dia seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada bertemu Itali dalam aksi pusingan 16 terbaik Euro 2016 selepas tewas 1-2 di tangan Croatia, awal pagi tadi.

Gol kemenangan yang dijaringkan Ivan Perisic ketika permainan berbaki tiga minit menyaksikan juara bertahan, Sepanyol menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan D.

Situasi itu menyaksikan La Roja akan mengulangi aksi final 2012 apabila bertemu Itali di Paris, Isnin depan.

“Ia tidak ideal bagi kami, sebab itu kami perlu menamatkan saingan sebagai juara kumpulan,” kata Del Bosque.

“Kami perlu bangkit, kami akan melakukan persiapan untuk mengubah situasi ini.”

Sepanyol dijadualkan akan bertemu Itali pada pusingan seterusnya selepas hanya sekadar menduduki tangga kedua Kumpulan D. – AFP
Sepanyol dijadualkan akan bertemu Itali pada pusingan seterusnya selepas hanya sekadar menduduki tangga kedua Kumpulan D. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Kami akan terus bersaing dan walaupun ia bukan jalan yang kami mahukan, kami perlu bangkit untuk meneruskan cabaran pada kempen Euro kali ini.”

Del Bosque membidas sikap anak buahnya yang membenarkan Croatia bangkit biarpun mendahului perlawanan menerusi jaringan Alvaro Morata.

Di sebalik ketiadaan perancang utama, Luka Modric yang cedera, Croatia kembali bangkit menerusi jaringan Nikola Kalinic dan Perisic.

Sepanyol kemungkinan besar akan berdepan juara dunia, Jerman jika mara ke suku akhir dan tuan rumah, Perancis menanti mereka di separuh akhir dalam misi memburu slot ke final yang berlangsung di Paris, 10 Julai depan.

“Kami mempunyai masa untuk membuat analisis pertemuan dengan Itali. Ia bukan laluan yang kami mahukan.

“Namun, inilah bola sepak, nampak saja kami mengawal perlawanan tetapi dalam bola sepak kamu tidak boleh memandang mudah apa saja perkara. Kami akan cuba melupakan kekecewaan ini dan melakukan persiapan bagi menentang Itali,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA