Sepanyol mampu tewaskan Itali

Sepanyol mampu tewaskan Itali

PARIS, 26 Jun (AFP) – Bagi memburu kejuaraan Kejohanan Eropah untuk kali ketiga berturut-turut, pasukan kendalian Vicente del Bosque, Sepanyol, sekali lagi perlu untuk mengetepikan musuh lama Itali untuk mengekalkan mahkota mereka.

Sebelum kemenangan berturut-turut Euro dan kejayaan Piala Dunia pada 2010, Sepanyol melalui beberapa kesukaran bersama Itali setelah tidak pernah menewaskan mereka dalam lima percubaan.

Pertemuan suku akhir di antara kedua-dua buah pasukan di Vienna pada 2008 menukar kedudukan itu. Sepanyol yang sebelum mengalami rekod teruk menerusi sepakan penalti mara menerusi sepakan penalti sebelum memenangi perlawanan.

“Ia adalah hari terpenting dalam sejarah pasukan kebangsaan Sepanyol,” kata kapten pasukan, Iker Casillas.

Selepas memenangi Piala Dunia, Sepanyol perlu berdepan Itali dua kali dalam mengekalkan Euro empat tahun lalu.

Pasukan Sepanyol mengadakan latihan bagi persiapan menentang pasukan Itali. – AFP
Pasukan Sepanyol mengadakan latihan bagi persiapan menentang pasukan Itali. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Keputusan seri 1-1 pada perlawanan pembukaan sudah lama dilupakan ketika pasukan kendalian del Bosque menewaskan Itali 4-0 dalam perlawanan akhir.

La Roja kemudian juga memenangi sepakan penalti penentuan di antara keduanya dalam separuh akhir Piala Konfederasi pada 2013. juara Eropah juga tewas dalam salah satu dari 11 pertemuan mereka dengan Itali, tewas 2-1 dalam perlawanan persahabatan pada 2011.

Pemain midfield Chelsea, Cesc Fabregas terus menjadi ancaman kepada Azzurri. Dia menjaringkan gol penalti pada 2008, Sepanyol menyamakan kedudukan pada perlawanan pembukaan 2012 dan memberikan umpanan bagi jaringan pembukaan David Silva.

Fabregas juga akan menentang pengurusnya musim depan ketika bos dari Itali, Antonio Conte akan mengambil alih kendalian di Stamfrod Bridge musim depan.

“Cara mereka beraksi memerlukan kami untuk bekerja keras,” Fabregas memberitahu harian sukan Sepanyol, Marca.

Sepanyol memulakan perlawanan dengan rentak menarik, menewaskan Republik Czech dan Turki.