Sepanyol pengukur kebangkitan England

Sepanyol pengukur kebangkitan England

ALICANTE, Sepanyol, 12 Nov (AFP) – England dan juara bertahan Eropah meningkatkan persediaan untuk Kejohanan Eropah tahun depan apabila pasukan Roy Hodgson berkunjung ke Alicante esok dengan rekod tanpa kalah.

Lima belas perlawanan dan 17 bulan telah berlalu sejak England mengalami kekalahan Piala Dunia mereka di Brazil dan pulang lebih awal selepas hanya dua perlawanan – tewas 2-1 kepada Uruguay yang diinspirasikan oleh Luis Suarez di Sao Paulo dan seri 0-0 dengan Costa Rica di Belo Horizonte.

Walaupun menang 10 daripada 10 perlawanan untuk persaingan di Perancis, namun pasukan Sepanyol juga ada sesuatu untuk dibuktikan sebagai ancaman besar dalam persaingan itu.

England juga akan menghadapi Perancis di Wembley Selasa depan ketika mereka memburu ujian lebih getir berbanding yang mereka hadapi dalam kumpulan kelayakan dan cuba menghindarkan kesukaran baru–baru ini pada perlawanan utama biarpun kempen kelayakan yang menarik.

“Ia adalah cabaran yang bagus. Jelas 12 atau 15 bulan lalu kami belum pernah kalah tetapi minggu ini akan menjadi ujian besar bagi kami menentang kuasa besar di Eropah,” kata pemain sayap Manchester City, Raheem Sterling semalam.

“Jika kami boleh menunjukkan apa yang boleh dilakukan di sini, ia bonus sebenar bagi kami untuk berada pada musim panas. Kami berharap boleh melakukan dengan baik dalam perlawanan ini dan mencatatkan kemenangan.”

Lain pula kes Sepanyol yang telah memenangi dua Kejuaraan Eropah apabila keraguan menyelubungi La Roja untuk menghasilkan kemenangan hatrik di Perancis selepas kempen kelayakan yang tidak meyakinkan selepas persembahan hambar pada Piala Dunia.

Sepanyol mengalami satu kekalahan dalam kelayakan kepada Slovakia setahun lalu. Bagaimanapun, rentak mereka dalam aksi persahabatan menentang kuasa–kuasa tradisi Eropah baru-baru ini memberikan England banyak ruang galakan selepas kekalahan kepada Perancis, Jerman dan Belanda dalam tempoh 14 bulan.

Bagaimanapun, kapten pasukan Iker Casillas percaya Sepanyol masih ditakuti di sekitar Eropah setelah tiga kemenangan berturut–turut, termasuk Piala Dunia 2010, sebelum kejatuhan mereka di Brazil.

ARTIKEL YANG SAMA