Sepanyol pesta jaringan

Sepanyol pesta jaringan

MADRID, 6 Sept – Jurulatih baru Sepanyol Julien Lopetegui menikmati persaingan sempurna apabila Diego Costa, David Silva dan Alvaro Morata masing-masing menjaringkan dua gol ketika membenam Liechtenstein 8-0 di Leon semalam.

Costa menjaringkan gol pertamanya bagi Sepanyol sejak 2014 selepas 10 minit, dan biarpun tuan rumah melengkapkan penguasaan, mereka hanya membuka jaringan untuk gol pendahuluan pada separuh masa.

Pesta jaringan bermula dengan tiga gol dalam masa lima minit selepas rehat ketika Sergi Roberto dan Vitolo menjaringkan gol pertama antarabangsanya bagi gol ketiga pasukan David Silva.

Costa menanduk masuk gol keduanya ke bahagian atas gawang sebelum digantikan oleh Alvaro Morata, yang membuka dua jaringan pantas pada 10 minit terakhir.

Silva menambah gol kelapan pada masa penamat untuk menjadi penjaring kelima terbanyak Sepanyol sepanjang masa di belakang Hierro, Raul, Fernando Torres dan David Villa dengan gol antarabangsanya yang ke-28.

Diego Costa dan rakan-rakan meraikan jaringan David Silva semasa menentang Liechtenstein di Stadium Reyno de Leon kelmarin. – AFP
Diego Costa dan rakan-rakan meraikan jaringan David Silva semasa menentang Liechtenstein di Stadium Reyno de Leon kelmarin. – AFP

“Kami mendapatkan ganjaran pada separuh masa kedua bagi apa yang kami lakukan pada separuh masa pertama,” kata Lopetegui. “Saya rasa gembira. Ia tiga mata pertama dan penting untuk bermula dengan baik.”

Kemenangan tersebut meletakkan Sepanyol di tangga teratas Kumpulan G dalam kelayakan Piala Dunia 2018 di depan Itali menerusi perbezaan jaringan selepas Azzurri menang 3-1 di Israel. Sepanyol dan Itali akan bertemu dalam aksi kelayakan di Turin pada 6 Oktober.

“Ia adalah satu lagi tiga mata penuh, (tetapi) ia tidak penting. Ia hanyalah satu daripada 10 perlawanan (dalam kelayakan). Kami dahaga dan mengimpikan perlawanan itu, tetapi masih ada sebulan lagi.”

Lopetegui membuat dua perubahan dalam pasukan yang mencatatkan kemenangan 2-0 dalam aksi persahabatan di laman luar menentang Belgium Khamis lalu dengan Costa dan Sergio Roberto menggantikan dua pemain Real Madrid, Morata dan Dani Carvajal. – AFP