Sepanyol pilihan juara Euro 2016

Sepanyol pilihan juara Euro 2016

UEFA-Euro-2016-Logo

SAINT-MARTIN-DE-RE, 20 Jun (AFP) – Pemain Midfield Manchester City, David Silva percaya ia adalah ‘normal’ apabila juara bertahan Sepanyol menjadi pilihan selepas permulaan hebat La Roja pada kempen Euro 2016.

Skuad kendalian Vicente del Bosque sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas mengetepikan Turki 3-0 dan Republik Czech 1-0 dalam dua aksi pertama Kumpulan D sebelum ini.

“Pada peringkat ini adalah normal untuk mereka menjadikan kamu sebagai pilihan. Kami memenangi dua Kejohanan Eropah terakhir dan untuk perlawanan dalam beberapa hari kebelakangan ini,” kata Silva, yang muncul selaku pemain ke-10 membuat 100 penampilan dalam sejarah Sepanyol ketika menentang Czech.

“Tetapi kami perlu sentiasa merendah diri. Kami sangat tenang dan kami perlu meneruskan sebegitu.”

Sepanyol tampak tidak mustahil bakal muncul sebagai juara Kumpulan D dan secara teorinya hanya perlu mengutip satu mata ketika menentang Croatia di Bordeaux, awal pagi Rabu ini untuk menjamin status itu.

Silva menyifatkan adalah penting untuk Sepanyol menjuarai kumpulan bagi mengelak pertemuan dengan musuh tradisi, Itali di pusingan 16 terbaik.

“Kami mengharungi permulaan yang hebat. Kami menang dua perlawanan pertama dan kini akan berdepan perlawanan sukar dengan Croatia.

“Kami perlu seri atau menang untuk kekal di tangga teratas. Kami perlu mengekalkan tahap permainan dan jika mampu tidak mustahil kami memenangi kejohanan ini.”

sepan

ARTIKEL YANG SAMA