Separuh akhir Piala FA Jumaat ini

Separuh akhir Piala FA Jumaat ini

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Empat pasukan akan bertembung di dalam perlawanan separuh akhir Piala FA Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam 2016 Jumaat ini bersamaan 19 Ogos 2016.

Antara pasukan yang terlibat dalam perlawanan itu nanti adalah Al-Idrus yang akan menentang Pasukan I team di Kelab Rekreasi Diraja Brunei Berakas, sementara di Kompleks Sukan Sungai Kebun pula XN FT akan menentang Pasukan Mohais FC.

Manakala pada 26 Ogos 2016 nanti akan berlangsung separuh akhir Piala Presiden DST Persatuan Bola Sepak Veteran Brunei Darussalam 2016 pada jam 4 petang.

Tiga pasukan daripada separuh akhir sekali lagi akan turun padang di separuh akhir kejohanan itu antaranya Pasukan I Team akan menentang Pasukan XN FT di Kompleks Sukan Sungai Kebun sementara Pasukan Al-Idrus akan berhadapan pasukan BSRC di Kompleks Sukan Tutong.

Ketika dihubungi dan mengulas lebih lanjut mengenai separuh akhir menentang Al-Idrus FC pada 26 Ogos nanti, Pengurus Pasukan BSRC Mohd Saharin bin Haji Masri menegaskan kunci kejayaan Pasukan BSRC setakat ini adalah semangat berpasukan dan sikap saling bantu-membantu di kalangan pemain.

Pasukan BSRC sebelum perlawanan terakhir suku akhir Piala Presiden baru-baru ini.
Pasukan BSRC sebelum perlawanan terakhir suku akhir Piala Presiden baru-baru ini.

“Saya sangat memuji persepakatan dan kerjasama tinggi di kalangan pemain dan kami sentiasa proaktif untuk membuat perubahan atau pembaikaan kepada sebarang kelemahan yang kami rasa perlu diberikan perhatian.” ujar Mohd Saharin kepada Media Permata.

Mengulas mengenai cabaran musim ini pula beliau menegaskan cabaran besar banyak dirasakan pada awal musim 2016 apabila berusaha menamakan dan menyerapkan corak pemainan ‘BSRC-way’ dan menurutnya ia adalah penting memandangkan terdapatnya beberapa pemain baru untuk mengisi kekosongan di posisi utama.

“Selain daripada itu kami turut berhadapan dengan isu kecederaan beberapa pemain utama dan ketika itu juga kami terpaksa berhadapan pasukan yang jauh berpengalaman terutama pasukan seperti TJ dan PBDB dan tekanan semakin hebat pada peringkat peringkat ‘kalah-mati’.” tegasnya lagi.

Mengupas mengenai peluang BSRC ke peringkat Akhir tahun ini katanya pasukannya akan terus cuba melangkah dan proakrtif dalam perlawanan itu nanti dan menyatakan supaya para pemain akan terus mempersembahkan permainan yang terbaik dan meraih sebanyak mungkin pengalaman sebagai bekal musim hadapan.

ARTIKEL YANG SAMA