Separuh jalan di kawasan Liang-Lumut ditutup

Separuh jalan di kawasan Liang-Lumut ditutup

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Jawatankuasa Bersepadu Tindakan Kecemasan Kawasan Perindustrian Liang Lumut (LLIA-IERC) akan mengadakan Latihan Tindakan Kecemasan di Kawasan Liang dan Lumut, esok (Selasa).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Jawatankuasa LLIA-IERC berkata, separuh jalan di kawasan Liang-Lumut akan ditutup semasa latihan termasuk Jalan Tengah dan Jalan Kampung Lumut menuju ke lebuh raya bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Untuk keselamatan semua pihak, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mengambil laluan alternatif, dan untuk pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perhubungan Penerangan Brunei LNG di talian 898 8070 dan Pegawai Perhubungan Awam BMC di talian 717 2398.

ARTIKEL YANG SAMA