Separuh Kabul tiada bekalan elektrik selepas diserang

Separuh Kabul tiada bekalan elektrik selepas diserang

KABUL, 27 Jan – Separuh daripada bandar Kabul, Afghanistan tanpa bekalan elektrik hari ini selepas militan Taliban meletupkan pilon yang membekali tenaga ke bandar itu, menurut pegawai.

“Taliban meletupkan pilon elektrik di kawasan Dand-e Shahabuddin berhampiran lebuh raya Baghlan-Kunduz” utara Kabul, kata Mirwais Alimi, pengerusi Breshna, pembekal elektrik negara. Letupan pada malam Selasa itu memutuskan talian tenaga Uzbekistan-Kabul yang membekalkan ke bandar Afghanistan, ujarnya.

“Sekitar 40 hingga 50 peratus Kabul tidak akan memiliki tenaga elektrik sehingga pilon itu diperbaiki,” katanya.

Para wartawan dpa di beberapa bahagian bandar itu mengatakan tenaga elektrik telah terputus lewat kelmarin dan banyak bangunan menggunakan penjana sokongan. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA