Sepatutnya dah lama tak pakai

Sepatutnya dah lama tak pakai

LJUBLJANA, 11 Okt – Kapten dan penjaring terbanyak sepanjang masa England Wayne Rooney (gambar) telah direhatkan di bangku simpanan untuk kelayakan Piala Dunia jauh di Slovenia hari ini, kata pengurus sementara Gareth Southgate.

Bintang Manchester United itu kembali bermain sebagai midfield dalam kemenangan 2-0 England ke atas Malta di Wembley Sabtu lalu tetapi diejek oleh sebahagian penyokong gara-gara persembahan hambar.

Kapten Liverpool Jordan Henderson akan memimpin pasukan di Ljubljana ketika England mencari untuk mengekalkan permulaan sempurna mereka dengan pemain Tottenham Hotspur, Eric Dier diturunkan sebagai pengganti Rooney.

“Cukup jelas,” Southgate memberitahu pemberita di ibu negara Slovenia itu pada Isnin mengapa Rooney yang duduk di sebelah beliau semasa sidang akhbar telah ditinggalkan.

“Kami telah melihat cara Slovenia bermain dan saya tahu dalam fikiran saya profil midfield yang saya mahu untuk bermain dalam permainan ini.

“Dalam apa cara pun, semua itu mencerminkan prestasi Wayne pada Sabtu,” kata bekas pertahanan England itu menambah selepas memimpin skuad untuk satu perlawanan.

“Beliau banyak menguasai, bermain dengan disiplin taktikal yang hebat. Ia bukan satu keputusan mudah kerana saya menghormati beliau sebagai kapten pasukan.”

Rooney, 30, yang lebih dikenali sebagai penyerang tetapi kini semakin digunakan di bahagian tengah, semakin lama memanaskan bangku simpanan kelab dan negara.

Beliau peritnya digugurkan tetapi berkata beliau akan berjuang untuk mendapatkan tempatnya.

“Saya rasa sudah tentu anda mahu bermain. Saya memahami dan menghormati keputusan pengurus. Saya akan menyokong pemain 100 peratus dan cuba untuk membantu mereka mendapatkan tiga mata. Saya bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian jika diperlukan,” katanya.

“Saya bangga bermain untuk negara saya sama ada bermain penuh atau dari bangku simpanan,” kata Rooney yang juga di bangku simpanan untuk tiga aksi terakhir United.

“Itulah bola sepak. Masa itu akan datang apabila anda bukan senarai pilihan pertama. Setakat yang saya tahu, apa yang boleh saya lakukan adalah terus bekerja keras.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA