Sepertiga penghijrah adalah kanak-kanak

Sepertiga penghijrah adalah kanak-kanak

GENEVA, 3 Feb – Kanak-kanak kini merupakan lebih sepertiga penghijrah yang membuat penyeberangan lautan yang sangat berbahaya dari Turki ke Greece, menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam, ketika dua orang lagi anak damit mati lemas di pesisir Eropah.

Buat pertama kali sejak permulaan krisis penghijrah di Eropah, terdapat juga lebih ramai wanita dan kanak-kanak yang menyeberangi sempadan dari Greece ke Macedonia dari lelaki dewasa, menurut agensi kanak-kanak PBB, UNICEF.

Bilangan itu muncul ketika Eropah berdepan dengan pergerakan terbesar krisis manusia sejak Perang Dunia II dengan lebih sejuta orang lari daripada peperangan, keganasan dan kemiskinan dengan membahayakan nyawa dan anggota untuk sampai ke pesisirnya tahun lalu.

“Pada masa ini kanak-kanak diperkira 36 peratus mereka yang menggadai nyawa dalam penyeberangan di lautan berbahaya dari Macedonia, tambahnya.

Bilangan itu menandakan peralihan terbesar sejak Jun, apabila 73 peratus penghijrah adalah lelaki dewasa dan hanya satu dalam 10 berusia dibawa usia 18 tahun.

Penghijrah merentasi lautan untuk tiba di Greece. – Reuters
Penghijrah merentasi lautan untuk tiba di Greece. – Reuters

Marie Pierre Poirier, penyelaras khas UNICEF bagi krisis orang pelarian dan penghijrah di Eropah, berkata wanita dan kanak-kanak malah lebih terdedah kepada bahaya dalam percubaan membuat perjalanan ke Eropah.

“Implikasi peningkatan ini dalam pengkadaran kanak-kanak dan wanita yang membuat perjalanan adalah besar,”ujarnya dalam satu kenyataan.

“Itu bermakna lebih ramai berisiko di laut, terutamanya kini pada musim sejuk dan lebih ramai perlukan perlindungan darat.”

Dengan menekankan pandangannya, Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan berkata semalam bahawa seorang dalam setiap lima orang yang mati lemas bulan lalu ketika cuba belayar dari Turki ke Greece adalah kanak-kanak, dengan anak kecil diperkira 60 dari 272 kematian.

Termasuklah dalam bulan Januari, sejumlah 330 orang kanak-kanak telah mati di perairan itu dalam tempoh lima bulan lalu, kebanyakan mereka beberapa meter dari pesisir, menurut pertubuhan itu. Mati lemas terus menjadi trend suram yang meningkat tahun lalu apabila hampir 4,000 orang mati dalam cuba sampai ke Eropah melalui laut. – AFP