Sepuluh pemain Eritrea berpaling tadah

Sepuluh pemain Eritrea berpaling tadah

GABORONE, 16 Okt (dpa) – Sepuluh pemain Eritrea enggan pulang selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia di Botswana, menurut persekutuan bola sepak negara Afrika Selatan itu semalam.

Mereka dijangka akan mendapatkan suaka, akhbar Botswana, yang memetik akhbar The Voice melaporkan.

“Saya boleh mengesahkan 10 dari 26 pemain dan pegawai-pegawai tidak meninggalkan negara itu,” Ketua Pegawai Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Botswana, Kitso Kemoeng memberitahu dpa melalui telefon.

“Saya percaya mereka adalah semua pemain,” tambahnya.

Pemain-pemain Eriteria itu didapati hilang dari bilik-bilik hotel mereka di Francistown pada pagi Rabu lalu, selepas beraksi dalam perlawanan kelayakan bagi Piala Dunia 2018 pada Selasa lalu, The Voice melaporkan.

Polis mendapati mereka berkeliaran di sekitar bandar itu, berusaha bagi membantu dalam melaporkan permintaan mendapatkan suaka, menurut akhbar itu.

Pemain-pemain tersebut ditahan di pusat bagi pendatang tidak sah, kata pegawai imigresen, Mabuse Pule.

“Kami mahu mendengar daripada mereka terlebih dahulu,” dia memberitahu dpa.

ARTIKEL YANG SAMA