Sepuluh penyerang bersenjata terbunuh di Myanmar

Sepuluh penyerang bersenjata terbunuh di Myanmar

YANGON, 13 Okt – Sepuluh penyerang bersenjata lagi terbunuh di Maungtaw, negeri barat Rakine, Myanmar dalam pertempuran dengan pasukan tentera kerajaan, apabila pasukan tentera kerajaan menjalankan operasi penggeledahan di kampung Kyetyoepin, menurut laporan rasmi hari ini.

Selepas berbalas-balas tembakan senjata, para penyerang bersenjata melarikan diri ke bahagian barat kampung itu, tetapi melawan semula pasukan kerajaan dengan senjata, parang dan kayu apabila mereka diburu.

Dalam satu lagi kejadian pada hari yang sama, kira-kira lima lelaki bersenjata menyerang kuarter kakitangan pos kawalan sempadan nombor satu berhampiran kampung Kyikanpyin, perbandaran Maungtaw dari tempat persembunyian pendalaman dan membakar 25 buah rumah di kampung Warpark sebelum berundur di hala tenggara, menurut laporan itu lagi.

Dalam tempoh dua hari lalu, empat orang tentera terbunuh dalam pertempuran antara pasukan tentera kerajaan Myanmar dan 300 lelaki ganas bersenjata di kampung Pyaungpit, Maungtaw apabila pasukan tentera kerajaan menggeledah kawasan itu. Mayat seorang penyerang telah dituntut. – Xinhua

Anggota tentera berjaga, apabila helikopter tentera udara Myanmar tiba di lapangan terbang Sittwe di ibu negeri Sittwe, Rakhine kelmarin, di mana anggota tentera membanjiri ke kawasan itu berikutan serangan oleh kumpulan bersenjata sejak 9 Oktober lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA