Serang lelaki dengan samurai

Serang lelaki dengan samurai

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jun – Seorang lelaki tempatan yang berdepan dakwaan menyerang dan memiliki senjata berupa samurai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini.

Shamsul Bahri bin Abdullah, 43, menghadapi tuduhan menyerang seorang lelaki dengan menggunakan samurai di kawasan berdekatan Jalan McArthur pada 12 Mei 2016, yang mana kesalahan ini memperuntukkan pemenjaraan maksimum selama tujuh tahun dan sebatan.

pg06_160609_mahkamah logo2

Dia juga didakwa memiliki senjata berbahaya di bawah Akta Ketenteraman Awam yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat tidak kurang daripada tiga kali sebatan.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 22 Jun untuk sebutan seterusnya, dan membenarkan tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan.Sekiranya gagal mendapatkan ikat jamin, ketua majistret memerintahkan tertuduh untuk terus ditahan reman sehingga sebutan seterusnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Danial bin DSP Haji Kifrawi.

ARTIKEL YANG SAMA