Serangan bom Baghdad korbankan 34 jiwa

Serangan bom Baghdad korbankan 34 jiwa

BAGHDAD, 11 Mei (AFP) – Sebuah bom kereta meletup berdekatan sebuah pasar di dalam kawasan Syiah utara Baghdad hari ini, mengorbankan sekurang-kurangnya 34 orang, menurut pegawai keselamatan dan perubatan.

Letupan itu, yang melanda kawasan Bandar Sadr pada kira-kira 10 pagi, juga mencederakan 54 orang, ujar pegawai itu lagi.

Tiada pihak yang segera mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, namun kumpulan IS sering melakukan serangan-serangan bom di Baghdad dan tempat lain, terutamanya menyasarkan Muslim Syiah, yang dianggapnya bidaah.

Tentera Iraq telah menebus kembali sebahagian kawasan daripada IS, yang merangkumi kawasan utara dan barat Baghdad sejak 2014.

Namun kumpulan jihad itu tetap mengawal sebahagian tempat di barat Iraq, dan berupaya untuk melancarkan serangan-serangan bom yang kerap di kawasan-kawasan yang dikawal kerajaan.