Serangan bom bunuh 6 jiwa

Serangan bom bunuh 6 jiwa

CINAR, 14 Jan (Reuters) – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 39 yang lain cedera apabila militan Kurdish melancarkan serangan bom ke atas balai polis di bandar Cinar di selatan Turki, lapor pejabat gabenor wilayah hari ini.

Pejabat itu dalam satu kenyataan menyatakan, militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) menyerang balai polis dan kediaman anggota bersebelahan di selatan bandar Diyarbakir, sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan.

Setakat ini tidak ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. Wilayah Kurdish menjadi sasaran keganasan sejak dua tahun gencatan senjata antara negeri terbabit dan PKK yang ditewaskan pada Julai lalu.

Konflik itu mengorbankan lebih 40,000 orang sejak tiga dekad lalu.

Pakar polis forensik memeriksa sebuah balai polis yang musnah di Cinar di bandar tenggara Diyarbakir, Turki. – Reuters
Pakar polis forensik memeriksa sebuah balai polis yang musnah di Cinar di bandar tenggara Diyarbakir, Turki. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA