Serangan bom gegar Kedutaan Perancis

Serangan bom gegar Kedutaan Perancis

ATHENS, Greece, 10 Nov – Satu serangan bom tangan di luar Kedutaan Perancis di pusat Athens mencederakan anggota polis pada awal hari ini, kata polis, sehari sebelum Presiden Barack Obama dijadualkan melawat ibu negara Yunani itu.

Pihak berkuasa berkata, anggota polis, yang telah membuat kawalan di luar kedutaan, cedera apabila penyerang yang tidak dikenali melemparkan bom tangan di luar bangunan kedutaan yang terletak bertentangan Parlimen, bangunan utama.

Polis menutup kawasan tersebut kepada kenderaan dan pejalan kaki, manakala pakar forensik anti-keganasan membuat siasatan di tempat kejadian bagi pemerolehan bukti.

Polis berkata, serangan itu dilihat dijalankan oleh dua orang yang menunggang motosikal, dan basikal yang sepadan dengan bukti yang diperolehi di dalam kawasan kejiranan pusat Athens yang popular dengan anarkis. Siasatan masih dijalankan sama ada ia bukti yang diperolehi itu adalah salah satu yang telah digunakan dalam serangan itu.

Polis mencari bukti selepas letupan berlaku di luar Kedutaan Perancis di Athens, kelmarin. – AP
Polis mencari bukti selepas letupan berlaku di luar Kedutaan Perancis di Athens, kelmarin. – AP

Pihak berkuasa berkata anggota polis itu hanya mengalami cedera ringan kerana dia berada di dalam sebuah pos kawalan perisai di luar pintu masuk kedutaan semasa kejadian itu berlaku.

Serangan hari ini itu datang sebelum Obama dijangka tiba di Athens minggu depan bagi lawatan semalaman. Pertubuhan berhaluan kiri telah mengumumkan mereka akan mengadakan protes semasa lawatan itu.

Greece mempunyai sejarah militan tempatan yang secara berkala menjalankan bom atau serangan tembakan terhadap pihak berkuasa, lokasi diplomatik atau perniagaan. Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan hari ini itu, dan masih belum jelas motif disebalik serangan keatas Kedutaan Perancis. – AP