Serangan bom kereta, 2 maut 51 cedera

Serangan bom kereta, 2 maut 51 cedera

KABUL, 30 Jun (dpa) – Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dan 51 cedera hari ini apabila penyerang bom bunuh diri meletupkan sebuah kereta berhampiran ibu pejabat polis wilayah di selatan Afghanistan, menurut pegawai kerajaan.

“Insiden itu berlaku di bandar Lashkar Gah, ibu negeri wilayah Helmand,” kata Omar Zwak, jurucakap gabenor wilayah.

Beliau berkata kebanyakan mangsa adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Setakat ini belum ada sebarang kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA