Serangan bom kereta di Afghanistan, 20 maut

Serangan bom kereta di Afghanistan, 20 maut

LASHKAR GAH, Afghanistan, 10 Okt – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bom kereta oleh kumpulan berani mati menggegarkan berhampiran pusat pemeriksaan polis di Lashkar Gah, ibu negeri wilayah Helmand selatan Afghanistan hari ini, menurut sumber.

“Pengeboman yang berlaku pada tengah hari itu adalah sebahagian daripada serangan yang diselaraskan Taliban. Mereka cuba untuk menangkap anggota kawalan bandar tetapi pasukan keselamatan berjuang mengusir mereka kembali,” kata sumber keselamatan wilayah memberitahu Xinhua.

Kebanyakan yang terbunuh adalah anggota polis dan jumlah kematian mungkin meningkat apabila mangsa yang cedera telah dipindahkan ke beberapa hospital, katanya.

“Maklumat lanjut akan diumumkan kemudian apabila siasatan sedang dijalankan untuk mencari lebih banyak fakta dan maklumat mengenai kejadian itu,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa lebih daripada dua belas orang turut cedera dalam letupan itu.

Kepulan asap kelihatan selepas serangan berani mati di Lashkar Gah ibu negeri wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kelmarin. - AP
Kepulan asap kelihatan selepas serangan berani mati di Lashkar Gah ibu negeri wilayah Helmand, selatan Afghanistan, kelmarin. – AP

Terdahulu pada hari ini, Taliban telah merampas beberapa pusat pemeriksaan keselamatan selepas pertempuran yang sengit di daerah timur bandar, 555 kilometer ke selatan ibu negara Afghanistan, Kabul.

Taliban cuba untuk memperkukuhkan pengepungan bandar di tengah-tengah pasukan keselamatan berbalas serangan untuk mengusir serangan militan sejak beberapa bulan lalu.

Pertempuran terbaru telah memaksa beratus-ratus penduduk di Helmand meninggalkan rumah-rumah mereka ke tempat-tempat yang lebih selamat. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA