Serangan bom ragut nyawa polis

Serangan bom ragut nyawa polis

ISLAMABAD, 11 Jun (dpa)– Sekurang-kurangnya seorang anggota polis maut dan tiga lagi cedera hari ini dalam serangan bom bunuh diri menggunakan motosikal berdekatan kenderaan polis di barat laut Pakistan, menurut polis.

Timbalan pemerintah polis, Malik Tariq mengalami kecederaan dalam serangan tersebut di kawasan Hayatabad Peshawar, ibu negeri wilayah Khyber-Pakhtunkhwal, kata pegawai kanan polis Mian Saeed.

Media swasta melaporkan bahawa kenderaan tersebut mengalami kerosakan teruk dalam serangan itu.

Pihak Taliban pula mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA