Serangan Dhaka dikaitkan dengan universiti Malaysia

Serangan Dhaka dikaitkan dengan universiti Malaysia

PUTRAJAYA, 4 Julai – Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius laporan yang didakwa mengaitkan seorang daripada penyerang sebuah kafe di Dhaka, Bangladesh, Sabtu lepas dengan sebuah universiti swasta di Malaysia.

Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata ia akan menyiasat dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan berkenaan tentang perkara itu.

Kementerian itu, katanya, mengambil maklum tentang laporan yang menyebut bahawa sekurang-kurangnya seorang daripada penyerang dalam kejadian itu mungkin pernah menuntut di Malaysia.

“Kementerian memandang serius perkara ini,” katanya.

Dua puluh orang terbunuh dalam serangan itu. – Bernama