Serangan di Laos bunuh 2 rakyat China

Serangan di Laos bunuh 2 rakyat China

BEIJING, 25 Jan – Satu serangan bom di Laos membunuh dua warga China dan mencedera lebih ramai lagi, lapor agensi berita Xinhua di Beijing hari ini.

Ekonomi kedua terbesar dunia itu telah mencurah wang ke dalam negara Asia Tenggara itu dalam tempoh beberapa tahun lalu, dan menjadi pelabur terbesarnya pada 2014.

Xinhua mengenal pasti salah seorang mangsa sebagai pekerja syarikat perlombongan China yang beroperasi di pusat pergunungan negara.

Mangsa menaiki sebuah kenderaan apabila kejadian berlaku semalam, ia memetik kedutaan China di Vientiane sebagai berkata. Letupan, yang berkali-kali digambarkan sebagai satu ‘serangan’, berlaku di wilayah Xaysomboun, katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA