Serangan di Yaman, 20 terbunuh

Serangan di Yaman, 20 terbunuh

ADEN, 23 Sept – Serangan udara gabungan yang diterajui Arab Saudi membunuh 20 orang awam di bandar yang dikuasai pemberontak, pelabuhan barat Yaman, kata seorang pegawai kerajaan, kelmarin dalam satu pengakuan yang jarang berlaku dan berkemungkinan satu “kesilapan” oleh persekutuan.

Jurucakap gabungan itu, bagaimanapun, berkata serbuan pada malam Rabu itu disasarkan kepada pemimpin pemberontak. Serangan muncul apabila Riyadh menghadapi penelitian antarabangsa terhadap korban awam dalam kempen 18 bulan lalu terhadap pemberontak Syiah, Huthi dan sekutu mereka di Yaman.

Daerah Suq al-Hunod, pelabuhan Laut Merah, Hodeida telah diserang, menurut pegawai kerajaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi memberitahu AFP. Beliau berkata serangan terhadap kawasan kejiranan itu “mungkin satu keilapan”.

General Ahmed Assiri, jurucakap gabungan itu, memberitahu AFP bahawa serbuan adalah disasarkan kepada “pemimpin Huthi.”

“Kami mempunyai maklumat bahawa mereka mengadakan mesyuarat, maka kita melancarkan serangan keatas mereka.”

Suasana bangunan yang musnah akibat serangan udara yang dipimpin Arab Saudi di bandar pelabuhan Yaman yang dikuasai pemberontak, Hodeidah, kelmarin. - AFP
Suasana bangunan yang musnah akibat serangan udara yang dipimpin Arab Saudi di bandar pelabuhan Yaman yang dikuasai pemberontak, Hodeidah, kelmarin. – AFP

Assiri berkata sebarang dakwaan salah laku perlu disahkan. “Kami akan menyiasat untuk mengetahui apa yang betul-betul berlaku,” katanya.

Pegawai AS telah kerap menggesa sekutu Arab mereka untuk mengelakkan menyerang kumpulan tidak bersenjata. Pentadbiran pemberontak di ibu negara Sanaa itu juga melaporkan serangan Hodeida, dan berkata terdapat korban jiwa penduduk awam.

Para pemberontak Huthi meraikan ulang tahun kedua penyitaan mereka ibu kota Yaman. Khaled Suhail, seorang doktor di Hospital Al-Thawra Hodeida, berkata bahawa mereka telah menerima 12 mangsa yang terkorban dan 30 cedera akibat serangan itu.

Gambar daripada Suq al-Hunod menunjukkan para penduduk cuba membersihkan runtuhan bagi pencarian mangsa yang terselamat. Mayat seorang kanak-kanak yang berada di rumah mayat, menunjukkan kepalanya berdarah dan mata kirinya masih terbuka.

Serangan udara oleh gabungan pimpiman Arab itu disyaki menyebabkan kira-kira separuh daripada jumlah keseluruhan kematian di Yaman adalah orang awam, menurut laporan PBB bulan lalu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA