Serangan dron bunuh empat suspek Al-Qaeda

Serangan dron bunuh empat suspek Al-Qaeda

ADEN, 23 Ogos (AFP) – Empat suspek militan Al-Qaeda terbunuh semalaman akibat serangan dron Amerika Syarikat di Mukalla, bandar selatan Yaman yang kumpulan pelampau tawan pada April lepas, menurut seorang pegawai tempatan hari ini.

Empat orang tersebut sedang membuat perjalanan dengan sebuah kereta di jalan berhampiran lapangan terbang Al-Rayane di Mukalla yang menjadi sasaran serangan peluru berpandu ‘dron Amerika’,” menurut pegawai yang enggan dikenali, mengorbankan semua mereka di tempat kejadian.

Serangan waktu malam itu menyusuli serangan yang sama Jumaat lepas yang mengorbankan tiga suspek Al-Qaeda ketika mereka membuat perjalanan di bahagian tengah wilayah Marib, menurut sumber-sumber suku kaum.