Serangan FARC ganggu bekalan elektrik

Serangan FARC ganggu bekalan elektrik

BOGOTA, 3 Jun (AFP) – Pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusioner Colombia (FARC) meletupkan kabel elektrik bervoltan tinggi semalam, menyebabkan bandar di bahagian barat daya dalam kegelapan hanya dua hari selepas serangan yang sama menyasarkan pelabuhan Buenaventura, menurut pihak berkuasa.

Serangan semalam di Tumaco, di daerah Narino, menggunakan bahan letupan untuk meruntuhkan menawar di kawasan pedalaman.

Serangan pada tengah hari itu dilakukan oleh unit bergerak FARC Daniel Aldana, “yang mengganggu bekalan elektrik ke pusat bandar dan kawasan di sekitarnya,” kata satu kenyataan tentera.

Tumaco adalah pihak berkuasa kedua yang terputus bekalan elektrik dalam kurang dari seminggu, tatkala proses damai di antara pemberontak Marxist dan kerajaan berdepan dengan pelbagai gangguan yang signifikan.

Buenaventura – bandar yang lebih besar dengan 400,000 penduduk dan pelabuhan terbesar negara itu – tanpa bekalan elektrik sejak serangan pemberontak pada Ahad lepas.

Pihak berkuasa di sana kurang segera bertindak berikutan keprihatinan bahawa periuk api mungkin diletakkan di kawasan terbabit. Para pemberontak FARC dan kerajaan kini masih dalam proses rundingan sejak November 2012 lagi, bertujuan menamatkan perang saudara yang sudah pun berlarutan sejak berdekad-dekad lepas.

Bagaimanapun yang peliknya FARC didapati masih lagi menyerang prasarana tersebut pada 22 Mei.