Serangan Filipina bunuh 8 militan

Serangan Filipina bunuh 8 militan

MANILA, Filipina, 11 April (AP) – Lapan lagi pelampau Abu Sayyaf telah dibunuh dan seorang lagi komander militan juga cedera ketika pasukan tentera Filipina menekan serangan besar-besaran di selatan negara itu berikutan pembunuhan 18 anggota askar dalam pertempuran ganas pada hujung minggu, menurut tentera hari ini.

Jurucakap tentera serantau, Mejar Filemon Tan mengatakan empat lelaki bersenjata Abu Sayyaf yang cedera dalam pertempuran pada Sabtu meninggal dunia kemudian dan empat lagi militan terbunuh dalam pertempuran baru pada Ahad di pinggir bergunung bandar Tipo-Tipo, pulau Basilan.

Seorang komander Abu Sayyaf, Puruji Indama, cedera parah di kepala sama ada disebabkan oleh peluru atau tembakan meriam, kata Tan. Indama berkaitan dengan pengeboman maut, penculikan bagi tebusan dan pemancungan marin Filipina.