Serangan Francis, sasar IS di Syria

Serangan Francis, sasar IS di Syria

PARIS, 9 Okt (AFP) – Pesawat perang Francis membuat serangan kedua menyasarkan Islamic State (IS) semalaman di Syria, Menteri Pertahanan Jean-Yves Le Drian berkata hari ini.

“Dua jet Rafale menggugurkan bom pada kem latihan IS. Objektif sudah selesai,” katanya kepada radio Europe 1, sambil menambah bahawa serangan udara susulan akan dilaksanakan.

Presiden Perancis Francois Hollande berkata minggu ini bahawa kegagalan untuk bertindak bagi risiko di Syria menyalakan “perang keseluruhan” di Timur Tengah. Perancis menjalankan serangan udara pertama di Syria pada 27 September.