Serangan gajah liar ragut 2 penduduk

Serangan gajah liar ragut 2 penduduk

KUNMING, 22 Mei (Xinhua) – Gajah liar di barat daya China Yunnan telah membunuh dua penduduk kampung baru-baru ini.

Seorang penduduk kampung berusia 71 tahun, Zhu, daripada kampong Nanlanghe telah diserang dan dibunuh oleh gajah liar Asia berhampiran pondok sayuran beliau pada pukul 05:30 pagi hari ini di daerah Menghai, Wilayah Autonomi Xishuangbanna Dai, kata jabatan publisiti wilayah hari ini.

Kemalangan itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa selepas jiran Zhu di kampong berkenaan telah menjumpai badan mangsa dan mendapati tanda-tanda aktiviti gajah liar dua jam kemudian.

Kerajaan tempatan telah mengetatkan pengurusan gajah liar Asia dan memberi amaran kepada penduduk kampung tempatan untuk kekal berjaga-jaga.

Kemalangan itu berlaku seminggu selepas satu lagi insiden gajah liar yang membunuh penduduk kampung di daerah yang sama. Pada 14 Mei lalu, Mu berusia 37 tahun ditemui mati berhampiran bangsal beliau, juga diakibatkan dari serangan gajah liar Asia.

ARTIKEL YANG SAMA