Serangan IS bunuh 30 jiwa di Baghdad

Serangan IS bunuh 30 jiwa di Baghdad

BAGHDAD, 8 Julai – Kumpulan pelampau Islamic State (IS) menyerang tempat suci Syiah di utara Baghdad, membunuh 30 orang, beberapa hari selepas salah satu pengeboman paling teruk di negara, kata jurucakap keselamatan hari ini.

Serangan semalaman ke atas tempat suci Sayyid Mohammed di Balad, yang membabitkan pengebom berani mati dan tembakan senapang dan mortar, juga mencedera 50 orang, kata jurucakap Pusat Operasi Bersama dalam satu kenyataan. – AFP