Serangan lanun ditangkis

Serangan lanun ditangkis

TEHRAN, 18 Ogos – Kapal perang Tentera Laut Iran armada ke-35 berjaya menangkis serangan daripada lanun-lanun, yang dilengkapi dengan senjata-senjata berat yang berlainan, ke atas sebuah kapal kargo di Teluk Aden.

Menurut Komander Tentera Laut Iran, Laksamana Muda Habibollah Sayyari, lanun-lanun itu dilengkapi dengan kelengkapan ketenteraan berbeza dan senjata-senjata serta merancang untuk merampas sebuah kapal kargo di Teluk Aden, tetapi tindakan tangkas kapal-kapal perang Iran menggagalkan plot mereka.

“Dua hari lepas di Teluk Aden, salah satu kapal minyak kami diserang oleh empat atau lima bot, setiap darinya membawa lima orang bersenjatakan misil pelancar RPG, senapang Kalashnikov dan bom tangan,” katanya.

“Sejak kami mengiringi kapal kami dan mereka disokong oleh kapal perang Tentera Laut dan pasukan-pasukan operasi istimewa, lanun-lanun itu melarikan diri dari rantau tersebut selepas pertempuran sengit dan berpanjangan,” kata Sayyari.

Kapal perang Iran berlepas dari pelabuhan Bandar Abbas, di selatan wilayah Hormozgan, menuju ke Teluk Aden pada bulan Jun bagi melindungi kapal-kapal kargo dan kapal-kapal minyak negara itu dari sebarang serangan lanun.

Armada ke-35 Tentera Laut itu, termasuk kapal perang logistik Bandar Abbas dan kapal pemusnah Alvand, menjalankan rondaan-rondaan anti-lanun di lautan-lautan tengah dan Teluk Aden.

Misi armada ke-35 itu bermula selepas armada ke-34 yang merangkumi kapal pemusnah Alborz dan kapal perang pengangkut helikopter Bushehr, kembali ke Iran selepas kira-kira tiga bulan menjalani misi di Teluk Aden dan Lautan Merah.

Dalam ucapan yang berkaitan pada April, Sayyari mengulangi kehadiran Iran berterusan di perairan Antarabangsa, dan berkata negara tersebut mempunyai rancangan untuk penugasan di lautan tengah, termasuk Teluk Aden.

“Membina kapal pemusnah berlainan, kapal frigat pelancar misil dan kapal perang, kapal perang logistik dan kapal-kapal selam untuk meneruskan dan mengembangkan kehadiran Tentera Laut Iran di perairan bebas adalah rancangan utama pada agenda Tentera Laut Iran pada tahun ini untuk mempromosikan kuasa saintifik Tentera, ketenteraan dan kuasa pertahanan,” Sayyori memberitahu FNA. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA